Dahulu desis hati ku kesah pilunya
kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain
kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang
merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak
terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..
Aku pilih untuk berkata bahasa pilu
sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang
jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia
yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..
Merindukah aku? Merindukah kamu?
Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati.
Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata
membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya
tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku
Kamu..
boleh aku bertanya?
Adakah kamu tidak pernah terfikir
tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku,
kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan
manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?
Kamu..
boleh aku bercerita?
Aku rindu kamu, sentiasa ingat
kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi
yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam
sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir..
ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..
Kamu..
boleh aku bertanya lagi..?
Kamu bahagia di sana? Kamu gembira
di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu
kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan?
Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Kamu..
boleh aku bercerita lagi?
Aku rindu kamu, sentiasa memandang
kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas
kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa
kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu
bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana...
Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira,
bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu,
demi gembira kamu bidadari hati ku..
Kamu..
boleh aku bertanya?
Kenapa airmata ku mengalir tika
menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar